Rabu, 9 Jun 2010
Isnin, 24 Mei 2010
Kursus Induksi PRS MRSM FELDA 2010
Sesi pendaftaran kursus telah diadakan pada jam 3.00 petang seperti masa yang telah dijadualkan. Pendaftaran telah dikendalikan oleh Mohd Zaidi Bin Md Zain di ruang legar PSP. Pada jam 3.30 petang sesi taklimat kursus telah disempurnakan oleh En. Radhi Bin Abu Shahim selaku Guru Bimbingan 2 MRSM Felda. Antara agenda yang telah disampaikan ialah perlantikan Penghulu dan Penghuluwati kursus, peraturan kursus, tentatif kursus dan perlaksanaan aktiviti bintang gelaran. Penghulu yang telah dilantik ialah Hadi bin Omar dan Penghuluwati disandang oleh Syakirah binti Azizi. Sesi taklimat tamat pada jam 4.30 petang untuk solat asar dan minum petang.
Pada jam 5.00 petang, kursus diteruskan dengan aktiviti ice-breaking dan pembentukan kumpulan. Sebanyak 5 kumpulan yang telah dibentuk iaitu kumpulan harimau, kambing, lembu, ayam dan kucing. Kumpulan-kumpulan ini telah diketuai oleh seorang fasilitator PRS daripada UPSI. Terdapat 5 orang fasilitator yang telah dilantik bagi bekerjasama mengendalikan kursus ini. Sesi ice-breaking dan pembentukan kumpulan dilaksanakan dalam kumpulan besar dan aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti rantai nama, jeritan batinku dan binggo. Antara objektif aktiviti ini ialah untuk peserta mengetahui dan mengingati nama-nama rakan peserta, berkenalan antara satu dengan yang lain, mengurangkan perasaan malu dikalangan peserta dan melatih kemahiran komunikasi non-verbal Sesi pembahagian kumpulan telah tamat pada jam 6.30 petang dan disambung semula dengan sesi ceramah 1, Pengenalan kepada PRS yang telah disampaikan oleh En. Radhi bin Abu Shahim pada jam 9.00 malam. Solat maghrib dan inya’ didirikan secara berjemaah di Surau Al-Solihin. Kursus ini ditangguhkan pada jam 11.00 malam.
Hari Kedua Sabtu (27/03/2010)
Hari kedua kursus ini dimulakan dengan solat Subuh secara berjemaah dan sarapan pagi pada jam 7.00 pagi. Pada jam 8.00 pagi, peserta berkumpul semula di bilik tayangan PSP untuk aktiviti latihan dalam kumpulan kecil. Untuk LDK 1 ini, aktiviti memberi fokus kepada kesedaran diri. Dalam LDK 1 ini aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti gambaran diri. Antara objektifnya ialah untuk peserta mengenali kekuatan dan potensi diri untuk dibangunkan, memperbaiki kelemahan diri dan memahami keunikan kepelbagaian manusia.
Aktiviti yang kedua ialah aktiviti garis kehidupan yang bertujuan untuk peserta memberi nilai terhadap perjalanan hidup yang telah mereka lalui. Aktiviti ketiga ialah aktiviti kotak ajaib yang bertujuan untuk membantu peserta melihat dirinya sangat berharga. Aktiviti keempat ialah aktiviti tingkap Johari. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk menganalisa tentang perkara-perkara yang mereka tahu dan orang lain tahu, perkara yang mereka tahu orang lain tak tahu, perkara yang dia tak tahu orang lain tahu dan perkara yang dia tak tahu dan orang lain tak tahu. Slot LDK 1 ini telah tamat pada jam 10.30 pagi. LDK 1 telah dijalankan disekitar maktab. Selepas minum pagi, dalam sekitar jam 11.00 pagi, kursus diteruskan dengan slot ceramah 2 yang bertajuk Teknik Membantu dan Kemahiran Komunikasi yang Berkesan oleh En. Radhi bin Abu Shahim.
Makan tengahari dan solat pada jam 1.00 petang dan kursus diteruskan dengan LDK 2 yang memberi fokus kepada teknik Membantu dan Komunikasi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah telinga karat. Aktiviti ini menggalakkan peserta mendengar secara aktif dan mengurangkan prasangka dalam memahami komunikasi dan menunnjukkan kepada peserta tentang komunikasi boleh berubah-ubah apabila sampai dari seorang ke seorang. Di akhir aktiviti ini, boleh dikatakan semua kumpulan tidak dapat menyempurnakan ayat yang diberi dengan baik. Peserta telah memberi ulasan yang baik mengenai halangan-halangan yang berlaku dalam komunikasi.
Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti tingkahlaku komunikasi lisan dan bukan lisan. Semasa aktiviti ini dijalankan, tidak semuanya pelajar terlibat memandangkan ada di antara mereka perlu menghadiri latihan olahraga. Dalam aktiviti ini, 5 kumpulan tadi telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan melaksanakan aktiviti ini di dalam bilik tayangan dan satu kumpulan lagi dijalankan di kawasan PSP. Dalam aktiviti ini para peserta dikehendaki melakonkan situasi yang telah diberi dan pemerhati perlu membuat ulasan terhadap lakonan tersebut berdasarkan komunikasi verbal dan komunikasi non verbal yang ditunjukkan. Dalam komunikasi, 70% komunikasi non verbal memberi kesan yang mendalam terhadap sesebuah komunikasi.
Aktiviti seterusnya ialah aktiviti komunikasi sehala dan dua hala. Aktiviti ini mendedahkan kepada pelajar tentang konsep kepentingan komunikasi sehala dan dua hala serta kesannya dan kepentingannya. Kursus ditangguh pada jam 4.30 petang dan disambung dengan aktiviti senamrobik pada jam 5.00 petang. Selepas aktiviti senamrobik, aktiviti seterusnya ialah membawa bola dengan menggunakan tali rafia secara berkumpulan dan akhirnya disusuli dengan aktiviti halangan yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
Setelah tamat solat maghrib aktiviti diteruskan dengan sesi ceramah 3 iaitu Asas Kaunseling yang telah disampaikan En. Mohd Radhi bin Abu Shahim pada jam 8.00 malam diikuti dengan LDK 3 yang memberi fokus kepada kemahiran asas kaunseling. Dalam LDK 3 ini, peserta telah didedahkan dengan kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran mendengar, kemahiran memberi respon, dorongan minima dan sebagainya. Selain itu, peserta juga akan berbincang dalam kumpulan tentang kesan sekiranya tiada kemahiran asas kaunseling dalam komunikasi dalam kehidupan seharian. Slot ini telah tamat pada jam 10.45 malam.
Hari Ketiga Ahad (28/03/2010)
Pada hari ketiga, ceramah diteruskan dengan ceramah yang bertajuk Perkembangan Asas Remaja yang disampaikan oleh En. Radhi bin Abu Shahim. Diteruskan pula dengan slot latihan dalam kumpulan berkaitan dengan kaunseling kelompok. Selepas minum pagi, setia kumpulan akan berkumpul semula dalam kumpulan besar untuk sesi perbentangan kumpulan. Selepas makan tengahari dan solat, peserta kursus dikendaki menduduki ujian penilaian dan pemahaman tentang maklumat-maklumat kursus yang telah diberi. Ujian tersebut bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar sepanjang kursus di adakan. Selepas itu peserta juga diberi masa untuk melengkapkan borang maklum balas tentang kursus. Kursus ini diteruskan dengan presentation aktiviti sepanjang kursus dijalankan dan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang. Kursus Induksi PRS 2010 ini telah ditamatkan pada jam 4.00 petang.
Tips Pelajar Cemerlang
Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang
1.Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk bolehmenempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikansemangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2.Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cubabelum tahu.
3.Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung padagenerasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4.Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-maindalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar seperti mereka sendiri.
5.Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihatguru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
6.Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7.Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yangmencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8.Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan olehpihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan danpulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorangyang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9.Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawansekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulahmendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-notapelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telahtertinggal itu.
10.Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa gurusedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guruadalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yangmemberikan kita ilmu.
11.Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahamipelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernamaSocrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
12.Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalamproses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiranpelajar.
13.Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentangpelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelasperbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincanganakan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14.Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15.Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group)bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitukejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yangakhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dangigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16.Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaanyang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi danmendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.
17.Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademikuntuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya inimerujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossipatau artis.
18.Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untukmendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lainlagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan beritasemasa.
19.Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri)seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagaipengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian danpeperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahutentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20.Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancangpembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abangyang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai danefektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
21.Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan
untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22.Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yangdiadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalambidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkinmenerima pelbagai tips dan petua berguna.
23.Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapatmemantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkansenarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingatpepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatancantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahamikualiti sesuatu buku rujukan.
24.Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan
lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25.Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran bukuyang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa andaakan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu,ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedaiminyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke
26.Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalamkokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otakyang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkaratakan melahirkan pemikiran yang lembab.
27.Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yanghebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yangdimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang sukamengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang mahahebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28.Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkansebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlahjika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
29.Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan caramenghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat.Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-geraiyang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Janganberjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
30.Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan denganmemakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yangbaik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makananyang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
31.Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripadapelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abangdan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajarcemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapipeperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berhargauntuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32.Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam,tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan olehagama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agamamasing-masing.
33.Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34.Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jikagagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikankegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikansemua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yanglebih cemerlang.
Sabtu, 22 Mei 2010
Kem Jati Diri & Kepimpinan MRSM FELDA
Hari Pertama: Jumaat (14/05/2010)
Pendaftaran bermula pada jam 4.30 petang disebabkan kelewatan pelajar lelaki sampai ke Kem Lembah Genting dan diteruskan dengan sesi taklimat dari penyelaras kem dan pengurus kem. Seramai 55 orang pelajar iaitu 28 pelajar lelaki dan 27 pelajar perempuan yang terdiri dari Badan Wakil Pelajar (BWP), Lembaga Displin Pelajar (LDP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), dan Ahli Pusat Sumber Pembelajaran (PSP). Aktiviti kepimpinan satu diteruskan dengan ice-breaking dan pembentukan kumpulan oleh Cik Rosfariza kaunselor 1 MRSM FELDA.
Pelajar lelaki menyusun barang-barang ke dalam dorm, solat Asar dan makan malam pada jam 6.30petang, aktiviti diteruskan dengan perlantikan penghulu dan penghuluwati , penghulu kem ialah saudara Mohd Asyraaf Bin Rosli dari BWP dan Penghuluwati ialah Saudari Sarguna Devi juga dari BWP. Seterusnya setiap kumpulan diarahkan untuk mencipta logo dan cheer kumpulan. Setiap kumpulan diberi biskut sebagai barang amanah yang perlu dijaga sehingga tamat kem. Barang amanah perlu dijaga dari dicuri, rosak dan dibawa ke mana sahaja sebagai satu latihan untuk pemimpin menjaga amanah.
Pada jam 7.45 malam, aktiviti diteruskan dengan taklimat dari kem komandan dari guru MRSM FELDa yang juga merangkap Ketua Keselamatan Kem iaitu En. Nor Idham. Slot berkisar tentang peraturan yang perlu diikuti dan beberapa arahan semasa berada dalam kem. Antara peraturan yang perlu dipatuhi adalah ketepatan masa, bertindak mengikut arahan dan kawasan-kawasan larangan bagi pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Kem komandan juga mengajar cara melapor diri dan ketua setiap kumpulan sentiasa peka dengan anak buahnya dan perlu melaporkan keadaan dan jumlah anak buah pada penghulu setiap kali pertemuan.
Pada jam 8.15 malam, aktiviti diteruskan dengan kepimpinan 2 iaitu ceramah bertajuk “Jati Diri Pemimpim, Kemahiran, & Cabarannya” yang disampaikan oleh En. Mohd Rugba bin Othman iaitu kaunselor MRSM Balik Pulau. Ceramah diselitkan dengan beberapa aktiviti agar nampak lebih menarik dan seronok. Isi ceramah banyak menyentuh kepada sifat dan ciri-ciri pemimpin yang berkesan dan cabaran yang bakal menanti seorang pemimpin pelajar. Aktiviti yang dijalankan oleh penceramah banyak menyentuh aspek-aspek yang tersirat disebalik permainan agar pemimpin dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Pada jam 10.30 malam pelajar minum malam dan menyambung pembentangan kumpulan. Terdapat lima kumpulan yang dibentuk dan ahli-ahlinya dicampurkan dikalangan BWP, LDP, PRS dan PSP. Pelajar-pelajar selesai pembentangan pada jam 11.30 dan dibenarkan minum malam dan tidur.
Hari Kedua: Sabtu (15/05/2010)
Pelajar dikejutkan seawal jam 4.30 pagi untuk melakukan qiamulail dan kuliah subuh. Penceramah luar yang dijemput dari pihak kem mengutarakan peranan pemimpin dan pembentukan nilai-nilai kepimpinan Islam. Ceramah juga banyak menyentuh tentang akidah dan kepentingan ibadah dalam pembentukan sahsiah seorang pemimpin. Aktiviti pagi diteruskan dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh pihak Kem. Senaman pagi dimulakan dengan teknik rengangan dan diteruskan dengan senam robik, chicken dance, dan tarian ponco-ponco.
Aktiviti diteruskan dengan slot kepimpinan 3 iaitu modul lepaskan ku dan kubu telur. Modul lepaskan ku dijalankan secara berpasangan yang sama jantina. Pasangan tadi diikat dengan tali raffia secara bertentangan dan diminta untuk membuka tali tersebut tanpa membuka ikatan pada tangan tersebut. Permainan ini memerlukan kesabaran dan memerlukan pelajar membuat perancangan, menganalisis dan membuat keputusan. Modul Kubu Telur pula melatih para pelajar untuk bekerjasama di dalam kumpulan dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran kreatif. Alatan yang digunakan hanya telur dan penyedut minuman. Penyedut minuman tadi digunakan sebagai perisai untuk melindungi telur tersebut dan telur tadi akan dibaling pada paras pinggang untuk menguji ketahanannya. Aktiviti ini cuba mendedahkan pelajar tentang pemikiran kreatif dan semangat bekerjasama antara satu sama lain. Kesimpulan akhir dilakukan oleh Cikgu Mohd Radhi dengan memperkenalkan teknik IDEAL dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah iaitu Identify iaitu mengenalpasti apakah masalah utama, Describe iaitu menghuraikan kemungkinan-kemungkinan alternatif, Evaluate iaitu menilai setiap alternatif dan memilih alternative yang terbaik, Action iaitu mengambil tindakan dari pemilihan alternative tadi, Learn iaitu cuba belajar dari pengalaman dan memperbaiki jika tindakan yang diambil tidak sesuai.
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti ikhtiar hidup dan meredah hutan. Peserta bergerak dalam satu barisan mengikut kumpulan. Aktiviti ini dibantu oleh jurulatih kem. Kemudian apabila sampai di tanah lapang yang berdekatan dengan sungai pelajar berkumpul dan memulakan ikhtiar hidup. Pelajar hanya dibekalkan dengan telur, roti, beberapa tin sardin dan beras. Pelajar hanya menggunakan alatan-alatan seperti buluh, daun-daunan untuk masak dan makan. Disini pelajar belajar bagaimana untuk menggunakan sumber hutan untuk makan dan minum.
Pada jam 3.30 petang pelajar menjalani aktiviti flying fox sehingga jam 5.30 petang. Aktiviti Flying fox ini sebenarnya ingin menguji keberanian dan keyakinan peserta. Aktiviti diteruskan dengan slot kepimpinan 4 iaitu modul lemak manis santan kelapa muda. Pelajar diarahkan untuk mencari kelapa tua dan kemudian kupas dan perlu memerah untuk dapatkan santannya. Sabut tadi di bakar bagi menandakan bahawa tugasan telah selesai. Aktiviti ini ingin melihat kerjasama dan daya tindak pelajar. Mesej yang tersirat ialah untuk mendapatkan hasil kita perlu berusaha, sabar dan bekerjasama. Pelajar dibenarkan solat, makan pada jam 6.45 petang.
Selepas solat maghrib, aktiviti kuliah diteruskan oleh Ustaz Rasdi. Isi kuliah berkisar pada kepimpinan dan ciri-ciri dan sifat-sifat kepimpinan pelajar. Ustaz Rasdi juga ada menyentuh peranan sebagai seorang pemimpin pelajar harus seimbang bukan sahaja dari segi akademik dan fizikal tetapi dari sudut kerohaniannya. Aktiviti diteruskan dengan membincangkan peranan dan tugas-tugas pemimpin. Peserta dipisahkan mengikut bidang tugas masing-masing iaitu BWP, LDP, PSP dan PRS. Penasihat setiap badan tersebut sebagai mentor dengan membincangkan peranan dan tugas dengan lebih terperinci.
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti BBQ. Selepas tamat sahaja BBQ, aktiviti diteruskan dengan aktiviti Night Walk pada jam 12.00 tengah malam. Pelajar berjalan pada waktu malam di dalam hutan dan ditengah-tengah hutan dalam kawasan padang yang luas, pelajar duduk dan merenung keindahan alam, bunyi-bunyian cengkerik dan sesi muhasabah diri. Akitiviti diteruskan lagi dengan sesi burung hantu di mana pelajar dilepaskan seorang-seorang di dalam hutan dengan mata yang tertutup. Aktiviti burung hantu ini ingin menguji keberanian pemimpin dalam keadaan yang mencabar. Aktiviti ini tamat jam 4.45 pagi.
Hari Ketiga : Ahad (16/05/2010)
Pelajar bangun pada seawal 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh dengan kuliah subuh ringkas dari penceramah kem. Aktiviti diteruskan dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh pihak kem. Pada jam 9.00 pagi program diteruskan dengan slot kepimpinan 6. Pada slot ini kaunselor Mohd Radhi menerangkan serba sedikit perancangan strategik dengan berteraskan konsep pengurusan berkualiti. Perancangan strategik berdasarkan kepada konsep SWOT (strength: kekuatan, Weakness:kelemahan, Opportunity: Peluang, dan Treat: cabaran dan ancaman) dan konsep SMART (Specific: Terperinci, Measureable: Boleh diukur, Attainable: Boleh dicapai, Realistic: Nyata, Timely: Rangka Masa). Kemudian aktiviti diteruskan dengan perancangan setiap badan. Dengan slot apa yang nak dibuat. Setiap badan seperti BWP, LDP, PRS dan PSP merancang strategik apa yang perlu dilakukan bagi tahun 2010/2011 dan diminta untuk pembentangan. Sesi pembentangan melihat sejauh mana kreativiti kumpulan dan kemahiran komunikasi di kalangan pemimpin dalam menyampaikan maklumat secara berkesan.
Pada jam 11.15 pagi, aktiviti diteruskan dengan meredah halangan. Aktiviti ini ingin menguji ketahanan fizikal dan mental dan meneguhkan kerjasama kumpulan. Fasilitator dan jurulatih membuat provokasi dan mencabar peserta agar mental peserta dapat bertahan dengan tomahan dan cabaran. Aktiviti seumpama ini dapat memberI kesedaran dan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran hidup. Aktiviti ini berakhir jam 1.20 petang dan peserta dibenarkan untuk mandi di sungai bagi membersihkan kotoran.
Pada jam 1.45 pelajar kembali pada dewan dan sesi kesimpulan dan penilaian program. Peserta, jurulatih dan fasilitator diminta untuk member ulasan secara keseluruhan program dan harapan mereka untuk masa-masa akan dating. Proram tamat pada jam 3.15 petang dan semua pelajar bertolak dari kem pada jam 3.45 petang.
